Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2025

Maklumat Ringkas

Imej
INFO :  Setiap bahagian cerita ada versi Bahasa Melayu (di sebelah atas) dan Inggeris (di sebelah bawah). Each parts of the story has Malay version (on the upper part) and English (on the lower part).

Nasib Tak Terduga

Imej
BAHASA MELAYU " Woi, pencuri. Jangan lari, woi ", jerit pemilik kedai serbaneka itu sambil mengejar Afif yang sudah berlari ke lorong belakang deretan kedai-kedai itu. Tercungap-cungap Afif bernafas cuba berlari sambik membawa barang-barang curi di tangan, namun,jeritan pemilik kedai itu didengari oleh beberapa orang yang berdekatan di situ. Malang nasibnya pada malam itu saat salah seorang dari mereka berjaya menerjah dirinya sehingga jatuh lalu mereka pun merampas kembali barang-barang yang dicurinya dan mulai membelasah Afif tanpa henti. " Ampun, sakit. Arghhh erghhh, sakit. Tolong hentikan, arghhh sakit erghhh ", rayunya saat tubuhnya dipukul dengan kayu, disepak dan dipijak berkali-kali. Dengan kekuatan yang ada, dia menepis dan menolak mereka sehingga terjatuh dia pun langkah seribu dengan sedaya upaya melarikan diri lagi. Sehinggalah dia melihat bonet belakang kereta terbuka, tanpa buang masa dia pun terus masuk dan menyembunyikan diri di dalam itu. Kedengar...

Sesi Layak

Imej
BAHASA MELAYU ● EMPAT HARI LALU Sudah empat hari Afif di rumah agam Tuan Fazri sejak dia diselamatkan dari ditangkap oleh pemilik kedai itu. Sepanjang waktu itu, dia telah dirawat dan diberi makan dengan sangat baik sehingga rasa sakitnya itu semakin hilang walaupun kesan lebam masih lagi kelihatan. Walaupun begitu, kata-kata Tuan Fazri pada waktu itu masih lagi terngiang-ngiang di fikirannya. " Ak... aku? Kerja dekat sini? ", bisiknya yang masih keliru dengan keputusannya itu. Sejujurnya, dia tidak mahu pun bekerja di sana kerana dia sudah biasa mencari wang secara bersendirian walaupun dengan cara haram namun, dia terpaksa kerana dirinya dalam masalah dan dengan menyetujuinya sahaja membolehkan dirinya terlepas dari di penjara. Tanpa sedar, pintu biliknya terbuka dan seorang pembantu rumah masuk sambil membawa makanan tengah hari beserta ubat. " Terima kasih ", kata Afif kepada pembantu rumah itu lalu dibalasnya sebelum dia keluar semula dari bilik itu. Pada wak...

Antara Teman dan Tugas

Imej
BAHASA MELAYU Sudah hampir setahun Afif bekerja di rumah agam Tuan Fazri setelah diterima sebagai pembantu rumah itu. Bermacam-macam tugas telah dia lakukan dan siapkan walaupun sebelum ini dia tidak pernah merasai dan melakukan tugasan-tugasan tersebut. Pada mulanya dia agak kekok juga dek kerana ketiadaan pengalaman, namun dia bernasib baik kerana adanya bantuan dari salah seorang pembantu sepertinya di situ. " Eh, Fif. Kau buat apa dekat situ? Termenung apa lagi tu? ", sapa Syakir, seorang pembantu rumah yang melihat Afif termenung di tingkap. " Eh, Syakir. Tiada apa-apalah, mengelamun sekejap aku tadi, hahaha ", jawab Afif yang sedikit terkejut lalu menyambung semula menyapu lantai di situ. " Hati-hati tau, jangan sampai kantoi dengan tuan. Nahas nanti badan kau dia orang kerjakan ". " Oh okay, okay. Terima kasih tau. Nasib kau tegur aku tadi, aku pun tidak perasan yang aku syok mengelamun ". Lalu, Syakir pun tersenyum dan menepuk bahunya la...

Ancaman Seteru

Imej
BAHASA MELAYU " Weh, Fif. Nah sarapan untuk Tuan. Semua sudah disiapkan ", kata salah seorang tukang masak di rumah agam itu pada Afif yang sedang menunggu. " Okay, terima kasih, bro ", balasnya lalu menolak troli makanan itu keluar dari ruang dapur dan menuju ke bilik Tuan Fazri. Hari ini adalah giliran Afif pula untuk berkhidmat pada Tuan Fazri dalam rutin hariannya seperti tugas penjaga peribadi dalam menyiapkan sarapan, mengemas biliknya, menyiapkan tempat mandi dan juga pakaiannya dan sebagainya. Walaupun sudah bertahun-tahun bekerja di bawahnya, namun Afif masih lagi gementar untuk melaksanakan tugasnya itu, apatah lagi berhadapan dengan pemilik dirinya itu. 'Tuk' 'tuk' 'tuk', " Ma... maafkan saya, tuan. Sarapan sudah siap, iz... izinkan saya untuk hidangkannya ", kata Afif dengan sedikit gementar tatkala tiba di pintu bilik yang dikawal ketat oleh pengawal peribadinya. Lalu, dia pun mulai membuka pintu bilik dan menolak masu...

Orang Kanan Baru

Imej
BAHASA MELAYU Sudah seminggu Afif terlantar di hospital setelah dirinya berjaya diselamatkan dari bangunan terbiar pada hari itu. Peristiwa itu masih lagi menghantui diri dia walaupun berkali-kali dia cuba untuk melupakannya. Kadang-kala, dia terbawa-bawa sehingga ke dalam mimpi membuatkan dia meracau-racau dalam tidurnya. Sedang dia asyik duduk di kerusi sambil merenung ke luar tingkap bilik hospital itu, dia sedikit terkejut apabila pintu biliknya dibuka lalu masuklah seseorang yang dia kenali mendekatinya. " Eh, Faliq. Kau datang? ", sapa Afif saat melihat kawan sekerjanya di situ sambil dia cuba untuk bangun menyambutnya. " Eh, Afif, tak payah susah-susah bangun. Kau duduk saja di situ, kau tu masih sakit, rehat cukup-cukup ", balasnya sambil menahan Afif daripada bangun. " Kau sihat? Kawan-kawan kita yang lain okay? Tuan kita okay? ", soalan demi soalan dilontarkan oleh Afif. " Semua okay, kau tak perlu risau ", balas Faliq lalu dia pun du...